Monday, November 29, 2010

PENIPUAN DALAM KESETIAAN...


Di dalam hidup kita, kepercayaan dan kesetian adalah yang terpenting selain kasih sayang.. tak kiralah sama ada dia tu ibu bapa kita, adik-beradik, kawan-kawan mahupun cinta kita.. sangat senang untuk mengungkap kata cinta tapi sangat sukar untuk melupakannya..

dah sekian lama hubungan itu.. katanya: aku setia.. katanya kau sahaja di hati ini.. kata-kata manis itu telah mengunci diri ini.. tapi sedarlah selama kita bersama, kau tak pernah membuatkan ku dihargai.. aku dah banyak berkorban untuk kau, sehingga hidupku sendiri ku korbankan.. bukan aku mngungkit tapi aku sekadar mengingatkan kamu yang terlalu egois tahap gunung.. babi lagi bagus tak pernah meninggi diri(dongak ke langit).. aku tahu tiada sesiapa yg sanggup melakukan apa yang ku lakukan padamu selama ini.. tapi bukan semua, ada juga yg setia dgn kau tp kau sia-siakan mereka..

aku terasa bagai dipermainkan sahaja selama ini, ku sangkakan itu semua sekadar kerana hatiku yang suka sangat cemburu.. tapi ternyata aku salah.. salah yang teramat salah!! aku sedar cinta tak boleh dipaksa.. tapi cinta yang kau berikan adalah palsu dan yang kau bagi adalah satu penipuan.. apa mahumu sebenarnya??

ku ingin dapat kepastian dr semua, apalah perasaan anda jika orang yang anda cintai itu mencuit orang lain penuh kemesraan.. bila anda merungut dan bertanya, dia kata: sentuh kulit jak pun, bukan hatinya.. logik akal kah semua ini.. lepas tu anda dpt tahu yg org itu adalah MANTAN PACARnya@pernah dia sentuh hatinya dulu.. ops.. salah.. baru jak mereka putus bha.. aduh.. sakit hati aku..


selama ini aku tak pernah rasa begini.. maksud aku sejak aku kenal dia.. aku ada firasat yang buruk.. logik kah kita membenci orang yang baru pertama kali kita melihatnya? mesti tidak kan??.. tapi aku benci orang yang pertama kali aku nampak bersamanya.. tuduhnya aku kuat cemburu.. WTH!!.. rupanya.. mantannya juga.. hati ini tambah sakit..

flash back kejap.. di awal pertemuan, aku mati-matian lindungi dia dari seseorang.. punya marah aku masa tue, sampai tak tidur memikirkan keselamatan dia.. tup tup.. mantannya juga.. adeh pening kepala aku.. dan aku kenal seorang ni dr dia, ku tak mahu banyak cerita lah fsal dy, sbab dy ni baik tapi itulah orang yang pernah tolak cintanya.. walaupun orang ini tahu semua penipuan ini.. tapi buat tidak tahu jak.. PENIPU!! tapi org ini pun khianat kau juga sebab kau jahat!!! tp blasan untuknya pun setimpal bha sebab menipu aku.. dan jelasnya pedis hati aku bha..

aku tidak tahu lah.. tp tuhan tu maha adil kan! takkan dia nak bagi kecelakaan pada orang baik kan.. bukan aku yang kena celaka ok, tp kau.. mungkin sebab aku ni dah dididik keluarga untuk berbuat baik.. memberi tapi tak menerima.. sebab tue.. siapa yang berniat jahat dengan aku kena balik kejahatannya.. aku harap lepas ni.. hanya orang baik-baik sahaja yang dekat dengan aku.. kalau kau sangka aku bodoh! maaf! aku orangnya sangat pintar.. tak caya tanya teman2ku dan semak latar pendidikanku.. ini semua bukti yang aku bukannya bodoh mcm kau!

banyak penipuannya yang beransur-ansur terbuka.. aku duduk rumah jak, tak payah susah-susah nk mencari gali bukti bha.. bertimbun-timbun lampiran bukti datang padaku setiap saat.. tapi aku masih tak PERCAYA TABIATNYA SETERUK BEGITU SEKALI.. [tapi siapa yang lebih tahu susuk tubuh kita kalau bukan orang yang meniduri kita..] ish!! mual aku.. geli yang teramat..

aku tak jahat.. dari kecil, orang yang buli aku.. tapi satu hari org tue datang minta maaf.. terharu aku.. skg dia pula yg dibuli, adush!! apa blh bt.. tuhan adil kan..

bagiku kalau aku dah sayang seseorang tu, aku akan jaga dia sampai mati walaupun dia teman sahaja.. tapi kenalah dia cari aku jika ada masalah.. aku akan berkorban untukmu bha..

cerita pengkhianatan lagi.. satu tulisan yg bermakna!!
--> hah! apa hbungan kamu? kalau kamu kapel, sy no comment.. tapi dia lah kekasih saya yg paling lama yang paling penipu! menyesal saya kapel dngan dia.. kalau sy tahu, sy tidak maw kenal dia.. :( dia lah yang ambil teruna saya bro.. pompuan tak guna.. dia suka bawa orang tidur sama2.. kuat ***** tu org bro.. <-- (ada kata2 yg diubah tapi maksud yg sama) bnyak lg kata2 tue tp malas nak tulis t kdapatan orgnya.. astagfirrullahalazim.. satu lagi mantannya bha.. hatiku kini hampir terbelah dua.. tapi jelasnya sudah berdarah..

teringat masa lalu, aku ada kenal sorg nie yg hampir jd kekasih aku.. tapi aku pilih org lain kan.. skrg aku mnysal sbab dy masih dgn kekasihnya sekarang dr kami last contact.. terbukti dy setia.. menyesal aku! arrrggghhhh!!! bhgianya dorang..




aduh! sudah begitu perangainya, berapa lah sudah mangsanya.. kalau ku kira yg aku dah kenal mantan@ditidurinya sudah lebih sepuluh! taubat aku.. arrrrggghhh.. kalau dia tidur dgn yg berpnyakit? mati lah katak.. aku pun tak tahu nak buat apa? ku hancurkan hidupnya boleh juga.. tapi aku nak tagih hutang dia dgan aku dulu... RM500.. tu pun dah diskaun tu.. kira beruntunglah.. aku ni tak pernah menagih hutang k, ni 1st time.. aku sangat sakit hati dan marah!!!! no doubt ya.. bayar segera atau aku bt kau menyesal seumur hidup!! ini memang ugutan ya.. perhatian... aku saman kau atas penipuan...

aku dah terlalu sayang dgn dia tapi aku ingin kumpul kebencian aku sekarang.. baru aku dapat berdiri semula.. kalau dulu kau bgtaw aku semua ni, macam yg aku merayu pada kau untuk bgtaw semuanya dari awal sampai akhir crita ini.. dan kau minta maaf dan insaf serta janji tak buat lg seikhlasnya, aku terima.. tapi dah terlambat ya sayang.. aku tak suka ditipu, diabaikan dan diperbodohkan lagi.. aku sudah terlalu setia untuk kau, tapi kau sia-siakannya macam yang lain.. dulu kau bermain api yg kecil.. tapi skrg kau bermain dgan matahari.. aku takkan biar kau terlepas.. aku benci kau... selamanya selagi kau tak mati... MATI.. aku ulang lagi MATI! MATI! dengar????.....

aduh... aku tak pernah marah begini owh.. mau maki pun abis dah kata2 makian.. sekarang aku nak ganti rugi jak dari kau.. aku nak sekarang juga!!!! pada yg kenal org tu mmang akan maki dia macam aku... kalau ko desperate sgt nak sex.. tu bnyk gigolo yg murah.. takyah nak cari laki2 baik.. ****************!!!!!!!! tttUUUUUUUUUUUUUUUUUttttttt....


Tuesday, August 17, 2010

 

KERANA

semuanya..

Selama aku kenalmu hingga saat ini, aku terlalu bahagia.. tapi kini.. khabar gembira kadang-kadang sahaja menyentuh di hatiku.. selalunya hanya pertanyaan bermain di hatiku.. akal berfikir... ya, aku sekarang cuma terkurung di alam bilik kosong.. menunggu ada yang mengetuk dan bertanya khabarku.. bertapa bodohnya aku kalau begini.. aku paksa diriku untuk berkurung.. tak benarkan hati melihat dunia luar.. menahan segalanya... ternyata sia-sia..

aku bukan kayu, bukan batu atau perhiasan.. aku juga ada perasaan.. takkan selamanya aku begini.. menjadi merak tunduk... mungkin aku kurang faham.. dunia luar itu sudah bagaimana sekarang.. ini kerana sebatang pokok yang memberi aku sinar... sinar harapan yang takan hilang selamanya..

pokok yang ku ingin jaga selalu.. tak benarkan serangga dan hama menggigit dan menusuknya.. dulu pokok itu hampir tertusuk duri.. walaupun aku tak bisa mematahkan duri itu, namun aku cuba pertahankan pokok itu.. ku ingat lagi kisahmu dikhianati dulu.. adakah kerana kasih cinta seperti kita atau hubungan yang kau cuba kau tambahkan.. dan duri itu juga.. aku kiranya mengungkit kah? atau aku takut kau tertusuk lagi.. sedarlah bahawa aku terguris jika kau terguris.. ku buatkan diriku melihatmu sahaja walaupun di hutan itu banyak pokok-pokok lain.. ku buatkan rumah untuk berteduh di atas bukit untuk aku dan pokok itu.. tempat yang segar dan nyaman.. terpaksa ku terkurung di dalam dan ia di luar mencari sinar mentari.. sesekali kita bersua.. aku bahagia menjadi pemujamu...

di luar sana, meranti, orkid dan flora lain bersamamu.. kau tertawa dan bergembira bersama mereka.. aku tak kata kau lupa aku... aku senang lihat kamu gembira.. sesekali kau buat aku cemburu.. tapi bisa saja kau buatkan hatiku tenang..

kian lama aku terasa terabaikan.. "benarkah?" "tidaklah.. kau kena faham.. pokok itu tak boleh abaikan temannya di rimba itu.. nanti dia dilabel sebagai sombong... kau kena faham.. okay?" kata unggas mengusik malamku.. "kau di mana pokokku?" "di sini di atas kekaki tempat tidurku.." aku tersenyum.. terasa senang sedikit.. "kamu ok?" "ok.. aku di kaki bukit... bersama orkid mencari haruman dari td.." di kaki bukit? ternyatakah aku tersilap dengar tadi? "takpa, hati-hati2 ya"
tersentuh hatiku mendengarnya.. aku kuatkan semangat kerana aku sudah terlalu perit menahan sakit ini yang kau kata ku buat sendiri.. bodohnya aku.. kini kau dah boleh tipu aku.. kerana aku dah kunci diriku untukmu.. kau kini malu untuk kutarik berdiri, kerana kau kata itu bukan tugasku.. aku tak boleh campur hidupmu di hutan..

kau baik padaku, kau setia padaku.. ku sedar semua itu kerana aku dah kenal kamu.. kata meranti menasihatiku untuk menjagamu sepenuh hati dan jangan sekali lukakan hatinya.. aku faham semua itu.. hanya kamu harus dijaga, aku kan hanya pemujamu.. aku terfikir.... adakah ya temanku menyuruhmu menjagaku dan jangan sakiti hatiku? angan-angan semata lagi..

aku rasa, aku sudah cukup untuk menjadi merak tunduk.. sudah lama leherku tertunduk ke tanah.. tiba saatnya untuk aku berdiri megah semula.. walaupun aku dah bersumpah takkan mencari yang lain.. aku akan pegang sumpah itu sampai mati.. aku cuma ingin berada di tempatmu... merasai semula hubungan persahabatan, kekeluargaan yang hampir ku lupa.. aku ingin mencari swan, aku ingin tertawa bersama layang-layang dan helang di angkasa.. aku akan berlari megah dan angkuh lagi... aku tak lupakan kamu, cuma aku kini ada peranan lagi.. kalau gagal, nanti mereka melebelkan aku sebagai tak mengenang budi lagi seperti selama ini.. kau yang kena faham pula.. aku cinta kau selamanya.. itu janjiku, tapi aku minta untuk bebas lagi di daratan ini..

aku dah mula berhubung dengan temanku di lereng-lereng bukit itu.. aku bakal rasa semua kegembiraan seperti rasamu.. janganlah kau pula kata aku ada yang lain.. kemarin aku terjumpa helang.. katanya dia ajak aku jalan-jalan.. aku minta izin ya... mungkin kalau begini, aku tak lagi rasa keseorangan dan lebih faham kamu dan knapa harus aku cemburu.. buat adikku.. terima kasih atas segalanya.. tapi kau khianati aku.. aku maafkan kau.. tapi mungkin kepercayaan aku padamu dah terkikis sekarang.. aku bukan berdendam tapi itulah lumrah.. kau jahat adik.. tapi kau buat aku berubah.. jangan kau kata aku jahat.. kau yang ubah aku..


* masa berlalu pergi.. hatiku yang sedih ini tak mungkin diubati.. tapi aku takan mengalah.. aku cinta kau selamanya sama seperti aku kenal kau dulu..*






Friday, August 13, 2010

DI MANA

jiwa coklat : perasaan timbul tanpa bersebab memang menghairankan.. tapi perasaan sedih yang muncul dari lubuk hati ini mengguris perasaanku seperti orang putus cinta... saat itu hatiku betul-betul sedih.. mataku tidak berhenti menangis..hati terasa amat sakit, fikiran bercelaru, berkhayal tanpa tujuan, selera pun bagai lumpuh.. terasa dunia ingin menelanku..

jika kamu rasa perkara ini mustahil, terpulanglah pada kamu kerana bukan kamu yang merasa.. sudah dirundum kesedihan, mimpi-mimpi yang mendendamiku mula mencemari tidurku.. sehari hanya sesingkat tidur terganggu dengan mimpiku.. jika sekali aku boleh terima,, tapi kalau berulang kali.. apa maknanya.. hati ini tersimpan seribu pertanyaan.. seribu persoalan.. pada siapa ingin ku luah? pada siapa ingin ku beri rasa? fikiran bercelaru begini hanya membuat orang lain menderita jika ku khabarkan.. tiada siapa memahamiku..

ku luah pada adikku, hanya dia mengerti.. berikan aku sedikit sinar.. walaupun masalah ini kusimpan.. namun rasa sedih itu hilang sedikit.. tiada siapa percaya kata-kata ku.. semua pun menuduhku membuat cerita.. aku menangis tak henti.. terpaksa mengunci diriku seorang diri dalam bilik agar tiada yang perasan.. terasa loya, terasa pening, terasa lenguh.. mungkin kerna aku makan sedikit sahaja berbuka tadi.. tetapi ia seiring dengan kesedihanku.. sesak nafasku buat aku hampir pengsan.. kalaulah aku tersekat nafasku masa itu.. adakah aku bisa menulis luahan ini?

syukur aku mampu hidup lagi.. adik, terima kasih banyak-banyak.. walau orang kata kau bukan-bukan, abang tetap percaya kamu berhati baik.. mungkin kasih sayang aku padamu tak sebesar cintaku padanya.. tapi aku akan jadi abang yang baik untukmu.. itu sumpah aku.. semoga aku dapat tempuhi ini semua.. semoga puasa tahun ini bisa ku habiskan.. semoga cintaku setia menanti..

* rambut sama hitam tapi hati lain2, hati sama tebal tapi  jiwa yang nipis mudah terguris.. jika aku kehilanganmu, itulah perkara paling kusesali seumur hidupku.. *

Sunday, July 25, 2010

cerita keakraban persahabatan sponge bob dengan baby milo

 SpONgE BOb SEgI emPaT                                                                          BaBY miLO YaNg CoKLat 




Jiwa coklat: pada suatu hari.. bila sponge bob bertemu baby milo... persahabatan yang terjalin membuatkan mereka sehati sejiwa.. sponge bob seorang teman yang baik malah baby milo juga sependapat.. kata sponge bob, baby milo sangat trusted friend.. baby milo tersipu malu.. sponge bob yang slalu happy ni memang menggembirakan baby milo yang pendiam.. namun kini baby milo pula yang banyak critanya bila berjumpa..

walaupun keduanya sangat popular di alam reality, namun keduanya sangat sependapat.. walaupun baby milo tak sehebat sponge bob yang diminati ramai tak kira kanak-kanak, laki, perempuan dan orang tua.. namun sponge bob tak pernah meninggi diri malah sayang persahabatan ini.. walaupun mereka jauh satu sama lain.. well, yang satu di laut, yang satu lagi di darat.. hahaha.. namun tak pernah lupa akan satu sama lain.. berkongsi segalanya.. semua yang senang dan susah.. inilah persahabatan yang diimpikan setiap kita..


pada suatu hari.. baby milo turun ke laut berjumpa sponge bob.. mereka gembira bila bersama.. bermain bersama teman-teman sponge bob si patrick.. main kejar-kejar.. aduh biasalah.. yang d laut mesti menang.. huhu.. akhirnya baby milo balik ke daratan semula.. bestnya kata baby milo..




baby milo selalu mengirim pesanan kepada sponge bob supaya hubungan persahabatan mereka tak terputus.. mereka saling meraihkan hari jadi bersama-sama.. memang friendship habislah mereka ni..walaupun warna yang berbeza atau ada kontrasnya.. asal pun berbeza.. namun mereka tetap serasi..

cerita sponge bob dan baby milo tak berakhir di sini.. harap-harap mereka akan jadi sahabat selamanya..

huhu.. ilove sponge bob very much.. kamu suka? haha.. mesti lah.. baby milo.... love it..

cerita nie bukan rekaan... buktinya gambar nie... lepas baca.. mesti beli produk sponge bob... ok?

 jiwa coklat: kuning bukan sebarang kuning.. kuning sponge bob ada critanya... coklat bukan sebarang coklat.. baby milo aku yang punya..  ^_^

Thursday, July 15, 2010

RiTma..



rItmA

Alunan bunyi getaran mendesir dalam gerakan membelau menjadi gelombang pagaran menghantar bunyi ke alur lubang telinga mengetuk gegendang secara berpaduan nyata dan telus.. bercampur melodi malar tetapi rawak mengingatkan aku segalanya.. segala yang indah dan tersurat..


sedih yang mencari makna, singgah di hujung waras fikiranku menguis hati untuk merasa.. perasaan berunsur takut memberi satu hayat untuk mengenang.. dasar yang memberi makna sebuah rasa suara hati.. bila hati bersuara, kaki mula berbisik sesama, menghantar getar.. getar-getar.. cubit peha kanan, peha kiri terasakan.. hubungan yang menjalin ikatan simpulan mati.. kau ada aku..

aku sentiasa ingat kisah itu.. percayalah bahawa cinta yang berbunga putih hanya keluar dan mekar dihatiku disuburi baja cinta ketika hanya bersamamu.. setitik tangisan yang berkongsi menyegarkan keasliannya dan memberi sinar baru.. selingkuh.. amit-amit.. selingkuh rasanya tiada sedikit pun ruang di hati ini.. kalaulah aku menjadi sebuah pelita, aku akan bertahan menyinarmu sehinggalah ke titisan minyak yang terakhir.. padan ku katakan yang takdir mengikat kita.. ikatan sebuah cinta.. cinta..

siapa aku jika tanpamu.. jiwangkah ritma nadi kata ini tanpa kisah bersamamu.. hidupkah bunga tulip tanpa sinar mentari cintamu.. kerdipan bintang tak bermakna tanpamu di malam ini.. hanya suara kumbang mengigit kesunyian malam.. malam yang berangin rawak sepoi bahasa mengejutkan kabus sutra.. sejuk sahaja..


jauh di pandangan mata namun kata orang dekat di hati.. kini suara hati yang kau luah ada aku.. bermakna aku penting buatmu.. kata yang mampu ku ucap tiada kecuali rasa terharu dan tak tersesalkan lagi menemuimu cintaku.. kini ritma itu sempurna.. setiap not pada chord yang meresap padu pada setiap tempo yang tepat.. dari do hingga mi, bunyi membelai ketenangan.. aku cinta padamu selamanya.. ritma cinta kita tak akan berhenti berlagu selagi aku pegang tanganmu, selagi simpul tak teruraikan.. I swear..


p/s : luahan rasa hati dikala mengeluarkan rasa tersurat.. sekadar memberi rasa..

Wednesday, July 14, 2010

tWiN


tWIn

perasaan dan pendapat setiap kita amatlah berbeza setiap seorang.. setiap kita diciptakan rasa dan kemahuan tersendiri, tiada siapa yang tahu perasaan itu.. walaupun ia berbeda dengan yang lain atau hanya minoriti sahaja namun perlukah ia menjadi halangan? adakah seperti kembar, selalu sependapat, selalu seiringan.. walaupun kita manusia dicipta dari sumber yang sama, namun pegangan dan acuan yng membentuk kita adalah berlainan.. walaupun adunan tepung dicampur air, gula, minyak, ibu roti dan garam, ia akan membentuk aneka kuih muih juga seperti donut, cempiang dan tausa bun mahupun pau kampung.. begitulah juga manusia.. acuan dari ibu bapa jugalah yang akan membentuk anak mereka.. namun dorongan dan galakan mahupun gangguan dari pihak lain juga akan mengubah keadaan kita.. seperti kuih juga, sekiranya ulihan tepung tidak sekata ataupun diganggu, pastilah ia akan lari dari bentuk dan rupa asal.. jika kurangnya kasih sayang dan dorongan, pasti hasilnya juga kurang.. namun kita sendiri seharusnya berani mengubah dan berusaha agar kekurangan itu hilang..tidak semestinya jika kita kurang sejak awal, pada akhirnya kita tidak sempurna.. umpama adunan tepung tadi terlupa untuk dibubuh garam.. ia tetap akan jadi kuih.. kuih pau namanya.. tetap sedap dan jika diusahakan dengan inti yang enak pasti lebih laku dari yang lain.. walaupun perasaan itu lain dari manusia lain, namun secara rawaknya aku tetap diriku sendiri.. tak perlu risau ataupun berfikir berjela-jela.. aku dilahirkan sempurna..  manusia itu sempurna semuanya.. cuma yang kurang pada seseorang adalah sifat malas.. malas berusaha dan ikut kehendak sahaja.. selagi ada rasa percaya dan terus ke hadapan, semuanya adalah sehala.. saat menggoreng atau mengukus kuih juga, keazaman dan keseimbangan amat diperlukan.. aku sebagai manusia juga ibarat rangkai kata ini, sekiranya kuih dimasak dalam minyak yang penuh, pasti ia masak dengan sempurna, emas dan kembang.. tapi mereka selalu menolak kemungkinan dan rasa sebenar kuih ini.. adakah sesuatu kuih itu sempurna dengan bahan yang mahal atau teknik pembuatannya.. percayalah.. sesungguhnya kita dicipta berbeza.. ada banyak karisma.. aku mula merasa yang kita tak perlu risau.. teruskan keyakinan itu.. pentingnya kita disayang.. bukan diminati sahaja.. jika cinta bertandang, berusahalah menjaganya sehabis baik.. peluang sentiasa terbuka..

p/s : coretan ini sekadar mencari sesuatu yang terselindung di sebalik kerdipan cahaya.. mampukah kita melihat sesuatu di sebalik lampu terang yang menyuluh tepat ke mata kita.. renunglah..

Tuesday, July 6, 2010

KuAcI



KuAcI

ku kembali semula ke tempat asalku, setelah seminggu di rantau orang.. buat aku yang suka merantau, kali ini lain sedikit kerana ini adalah suatu pengalaman yang baru dan mengasikkan.. harus ku tempuh seorang diri.. bayangkanlah anda di rantau orang seoarang diri tanpa ada pengalaman hidup di situ.. pastilah ia suatu yang sangat tak terdugakan.. seperti tebuan yang masuk rumah yang berkelipan lampunya.. huh! hembusan nafas lega bila semuanya berjalan lancar.. perjalanan 6 jam memang memenatkan.. tapi bagiku itu suatu kepuasan.. banyak pengalaman dan pemandangan yang betul-betul mengujakan aku.. dalam perjalanan sahaja sudah banyak yang aku simpan sebagai memori abadi, apalagi bila tiba di sana.. tak sabar rasanya.. membuak-buak rasa di dada.. ingat pula lagu sudirman "balik Kampung.." di sana mataku hanya terpandang kepada satu situasi yang sangat berlainan dengan pandanganku.. pelbagai perasaan bermain-main di fikiranku.. rasa dunia ini luas sangat.. rasa diri bertuah sangat.. selama di sana, pengalaman dan kenangan ku lakar bersama.. indahnya.. rasa kasih sayang yang melimpah ruah.. alang-alang ku kata.. ku bersyukur... bersyukur pada rasa ini.. ringkas tapi padat.. ku lihat semua di situ bagai memukau mataku.. memberikan aku kecemburuan melihat mereka.. namun bukan ku kesal hidupku yang ini, namun aku cuma iri hati sahaja.. tak salahkan.. ?? biar saja itu beri aku jalan.. satu pedoman.. aku anak rantau, makan makana orang.. makanan? jangan cakap, sedap... sedap.. sedap.. tidak tahu la sebabnya.. mungkin rasa baru atau memang sedap.. aduh.. tapun-tapun.. rindu masakan itu.. apa? aku sahaja yang tahu.. rasa tu aku simpan kat mana ya? hahaha.. dalam jiwa lah.. bisa aja tuh.. dalam kegembiraan di sana.. satu yang ku ingat adalah kuaci.. KUACI? kenapa, sebab ia menyimpan seribu satu kandungan tersirat dan tersurat.. kuaci jak bha tu.. jangan ko joe.. sampai kini pun masih tak terkacaukan.. masih tak dimakan pun.. kerja gila tapi apa nak dikata kalau memang itulah kenangan yang ada.. simpan selamanya.. tak ada tarikh luput punya lah.. mmmm.. masa di sana dulu, tiap hari makan kuaci.. pagi, tengahari, sore dan malam mesti ada aktiviti.. best la.. kuaci tu memang tak lepas.. masa belek2 barang2 kat rumah hari tu, nampak plak kuaci tu.. rindu lah pula, sebak rasa di dada ni.. mmmmmm... harapan jiwa ni dapat ke sana lagi, banyak yang belum ku serap di sana.. rindu ni adakah pada siapa? haha.. mandi sungai... memalukan bagi aku yang kurang bisa berenang.. kaku lagi.. tapi tak apa, belajar berenang pas ni.. aku nak join main cicit bha.. seminggu tu rasa singkat sahaja.. tik tak tik tak jam berdetik, dah seminggu berlalu, pedih pula rasa jiwa ni.. 6 jam perjalanan bermula lagi.. memang banyak lagi pengalaman di sana, tapi biar aku sahaja yang tahu.. yang selebihnya ni, biar di simpan sebagai kenangan abadi yang terkunci.. harap kuaci tu bertahan selamanya.. next time ke sana aku akan bawa lagi seribu stu kisah indah.. selamat tinggal... kuaci! sabar.. jangan makan..

Wednesday, June 30, 2010

pErteMUan kITa

PeRtEmUaN


Saat itu jiwaku kosong sahaja.. lagu "tuhan kirimkanlah aku, kekasih yang baik hati"!! handphoneku berdering... aku tersedar dari lamunan.. fikiranku yang tadi biru... tiba-tiba bertukar kepada gambaran sebuah telefon yang berdering. dengan tanganku yang separah cepat, mencapai telefonku dan segera ku lihat dan siasat punca ia berteriak memanggilku. perasaanku saat itu benar2 kosong. ku segera menekan punat telefon itu. saat kemajuan teknologi sekarang amat ketara. fb mesej ku kini punya 29 mesej baru.. ku lihat mesej yg mengejutkanku tadi tapi seperti berat untuk membukanya.. fikirku, lebih baik aku buka mesej yg terdahulu.. ku semak setiap mesej-mesej itu perlahan-lahan.. ah!, bentak hatiku melihat semua mesej itu adalah komen dari teman-teman pada gambar yg aku ditanda.. lepas ku baca, ku delete satu persatu.. kini mesej hanyalah tinggal 3 yang tersenarai belum dibaca atau dibuang.. ku sambung semula.. tibalah pula mesej ynag terakhir yang berjaya mengejutkan ku tadi.. ku tekan butang yang berlebel 'ENTER'.. entah kenapa ku tekan butang itu sedangkan pada kebiasaannya aku hanya menekan butang tengah handphone ku. tak kisah lah mungkin aku lupa. tiba-tiba skrin telefon ku membuka pop up nya. satu mesej mengenai seseorang yang ingin menjadi teman facebook ku.. ku lihat nama pengguna itu.. unik dan versetyle, entah kenapa hatiku rasa senang sahaja untuk membalas mesej itu dengan 'ADD' dan sahlah dia sebagai temanku.. tapi aku sedar sudah lama aku jumpa nama itu namun aku ragu-ragu untuk menjadi salah seorang temannya.. aku betul-betul familiar dengan nama itu sehingga satu saat sblum ini berlaku, aku pernah menyemak segala butir peribadinya.. dan akhirnya dia memulakan langkah dahulu dariku.. saat ku baring-baring semula.. tiba-tiba, sekali lagi handphoneku berdering memohon supaya diberikan kekasih yang baik hati.. kali ini sepantas kilat ku capai telefon ku dan ku semak mesejnya.. JENG... dia! mesej pertama darinya.. "hai thanx for a app".. ucapan perhargaan yang selalu diucapkan namun ini seperti berbeza.. tanpa berlengah, ku balas mesej itu. mesej demi mesej terucapkan.. membuatkan ada perasaan akrab ku padanya.. saling bertanya prihal masing-masing.. saat itu aku mula terfikir sesuatu.. siapakah dia?? dari mesej menggunakan fb mesej, kami beralih kepada sms prabayar celcom.. kos bilnya yang murah memudahkan lagi untuk berhubung.. hanya ganguan talian sahaja yang mencemburui kita.. rasa orang luar berubah menjadi kawan.. perasaan kawan itu berubah menjadi suka.. makin hari, makin aku teringatkan dia.. walaupun belum pernah berjumpa, namun aku percaya dia bukan seorang yang hipokrit.. aku pernah cuba untuk menyintai mereka yang suka padaku namun.. hatiku takan bertahan lama kerana mereka berubah.. berubah dari segalanya.. mgkin bukan jodohku.. selama seminggu ku
berkenalan dengannya, aku merasakan perubahan dalam diriku, bukan berubah menjadi incredible hulk, tapi menjadi lebih matang dan berani.. sejujurnya aku mempunyai banyak watak.. bukan aku hipokrit atau kontrol macho, namun itulah cara semula jadiku untuk melindungi diriku daripada menerima propaganda, cemuhan orang atau sifat dengki.. untuk bergaul dengan lelaki aku akan buat berbeza jika dengan wanita, dan berbeda jika dengan family, kerana aku lebih manja jika dengan family.. dan dengan rakan-rakan aku akan menjadi begitu ramah namun untuk stranger, aku protect and control tahap gaban.. walaupun aku begitu, satu yang ku set dalam fikiran ku adalah untuk jujur dan baik hati.. perkenalan yang begitu singkat memberikan aku perubahan yang begitu banyak.. sehingga temanku sendiri mula merasai perubahan itu.. satu yang akan ku rasa pabila teringat atupun berbual dengannya adalah jantungku.. JANTUNGKU.. degupannya begitu kuat dan kadang kala buat diriku lemah.. jika ku terkenal sebagai seorang yang super kuat di alam nyata, tapi aku lemah padanya.. kata orang jika dia kekasih sejatimu, jantungmu akan berdegup kuat, adakah ia benar-benar wujud atau sandiwara filem melayu.. atau metafora mengganbarkan keghairahan cinta.. aku tiba-tiba rasa mermaid itu wujud. Dari sudut gayanya, aku sangat takut untuk berhubungan dengannya kerana dia sangat sempurna.. SANGAT SEMPURNA.. kata orang lagi perfect like supermodel.. hatiku kadang-kadang punah jika teringat kata-kata itu kerana jika dibandingkan dengan itu, aku seperti tidak layak untuknya.. dengan pertanyaan yang mengungkit kisah kehidupan, kami menjadi sekali lagi rapat seperti adik beradik kandung... saling membantu dan memahami antara kami.. rasa selamat dan aman.. "CINTA" cintaku padanya mula berputik walaupun belum pernah bertemu dengannya.. BERTEMU?, kami merancang untuk bertemu di suatu masa yang sesuai, satu tarikh keramat telah di pilih untuk pertemuan itu.. tarikh yang akan ku ingat hingga akhir hayatku... sekali lagi aku berdepan dengan dugaan cinta.. saat dalam perjalanan kepada pertemuan itu, muncul seribu satu kecurigaan adakah dia menerimaku.. hampir seratus kali kecurigaan itu menyebabkan aku menghantar mesej kepadanya.. bertanyakan kesanggupannya menerimaku.. dalam soal percintaan memang sukar diduga.. berbagai perasaan merajai hati.. namun replaynya hanyalah.. 'jan risau bha, aku sayang kamu' kata-kata itu memberiku sedikit kelegaan daripada demam dan batuk kecurigaan yang ku hidap seminggu lalu.. hari itu ku berharap sangat dia menyambutku dengan kemanisan.. tinggal beberapa saat lagi.. hatiku gelisah seperti menggigil kakiku ini.. minyak muka kian keluar, haish! tambah kacau jiwaku.. ku turun dari kereta.... tuk tak tuk tak.. kaki melangkah.. dari arah kiriku seseorang yang mungkin ku kenal muncul di depanku.. seperti gambar blur dan makin jelas menampakkan wajah dan tubuhnya.. hatiku meronta seperti ingin pulang segera.. memang sah itu dia.. aku malu bertemu dengannya kerna dia lebih indah dari apa yang ku bayangkan.. hai.. s****** ******, *** *****? ucapannya keluar.. ah! hati ku lemah.. kaku seketika, duniaku menjadi beku dan merah jambu.. aku menguatkan hati bergerak bersama dengannya.. kaki melangkah namun hatiku tetap bergetar seperti menunggu saat ia meletup.. sebutir kata pun tak ku keluarkan.. segan sangat.. dia cuba membuka kata.. aku jawab sepatah.. mungkin dia merasa bosan sedikit masa itu.. kami singgah di kedai mkan dan makan bersamanya buat kali pertama, romantiknya.. perasaan bahagia mula menyelubungi.. bukan kerana kenyang tapi kerana dia di sisi.. kami berbual sedikit sambil makan.. sedapnya rasa makanan itu.. selesai makan kami berjalan ke arah tujuan.. duduk berdua.. kami berpegangan tangan dengan erat.. rasa hati ni bertambah lebih bahagia.. sukar untuk ku gambarkan di sini.. ku sesekali merenung wajahnya.. lekuk-lekuk wajah yang membentuk buka pada pandangan sebelah kiri memukau hatiku.. indah sekali.. ku pejamkan mata seketika dan mengucap syukur kerana inilah permulaan cinta itu.. pertemuan singkat itu menjadi begitu bermakna.. aku tahu banyak tentangnya.. aku ingin menjadi sebahagian dari hidupmu.. setiap manusia diciptakan dengan kelebihan dan keunikan tersendiri.. seperti juga aku.. seharusnya kita selalu ada untuk menghargai diri dan orang lain.. aku menerimanya seadanya dan tidak pernah menyesal mengenalnya.. aku akan beri yang terbaik untuknya semampu ku.. sepanjang pertemuan itu, aku merasa benar-benar merasa cinta itu cinta sejatiku.. berkongsi apa yang ada, dia selalu mendahulukan aku berbanding dengan orang lain.. walaupun belum sah percintaan kita saat itu.. namun ku bersumpah untuk tidak menduakannya.. PERPISAHAN SEMENTARA!!. perpisahan sangat menyakitkan dan memilukan.. walaupun sementara, namun ia sangat pedih, umpama pisau dihunus pada hati sebelum d tarik hujungnya menyiat dindingnya.. aku cuba untuk menahan air mataku namun ia tetap keluar.. hari terakhir pertemuan.. aku menangis di sebelahnya dan hanya aku yang tahu.. berpisahnya kami bermula lagi di perhentian bas disebabkan dia akan menuju ke destinasinya d universiti, walaupun aku tidak sehebatnya namun sekurang-kurangnya aku boleh membantunya dari soal wang dan sara hidup.. aku bukan golongan berada, aku juga memerlukan wang untuk hidup.. tapi aku berkerja keras tiga kerja sehari untuk memenuhi hidupku yang masih pudar.. aku akan melindungi dia semampuku walaupun sehingga perlu menggadaikan nyawa.. kerana dia milikku.. segala punyaku berhak untuknya.. aku sayang padanya.. aku juga tidak pernah lupa akannya walaupun sedetik.. kebaikannya dan ketulusannya membuatkan dia punya hubungan mesra dengan ramai orang.. kemesraannya itu memberikan kecemburuan kepadaku.. cemburu melihatnya dengan mereka.. aku takut diduakan.. namun, dy selalu berjanji untuk setia padaku.. aku percaya kata-katanya.. aku tahu dia jujur.. aku bukan jenis mengongkong atau jaga tepi kain orang tapi aku takut jika kenyataan sebenar yang mendatang memberikan ku kejutan yang menyakitkan.. kenyataan yang tak bisa diterima.. aku bakal mati jika ini terjadi namun suatu kata pernah diluahkan  seseorang: "Jika hdup punca prpisahan , biarla mati mnyambungnya smula tp jka mati punca prpisahan , biarla hidup ini memberi erti yg nyata .." aku sedar itu semua.. perpisahan di sebabkan mati memang perit, namun perpisahan sebelum mati lebih memeritkan.. aku harap ini semua tidak akan terjadi.. aku benar-benar bertuah mengenali dia.. aku bersyukur punya kekasih sepertinya.. aku berdoa moga kami dipertemukan lagi.. aku sayang kamu.. berilah aku kesabaran yang lebih agar aku boleh bertahan untuk menunggumu.. bukan ku tak sanggup tapi takdir amat menyakitkan.. 
*coretan semata, tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah tiada..*

TiTiK

Kehidupan yang di lingkari cabaran, onak duri dan ranjau sudah menjadi lumrah suatu perjalanan. dari titik mula bertaut pada tali menggelongsor menuju satu tujuan.. sukarnya menggelongsor keatas berbanding ke bawah... tarikan dinamik pusat bumi satu cabaran yang harus ditempuhi.. hidup yang dikurniai tuhan ini sangatlah berharga.. harta kepada harta untuk sesebuah harta yang tiada pengganti ataupun diganti.. selang hari garis serenjang itu mula terbentuk merah memekat, di tengahnya tumbuh setitik gumpalan hitam menyendol-nyendol seperti ingin keluar menampakkan jelas rasa bangga kejayaan yang dicapai.. berpegang dengan satu janji yang besar.. shu.. shu.. daun pintu kayu rumah usang di selak bayu.. helaian kalendar di dinding rumah berdesir menampakkan tarikh yang tercop merah pada helaiannya.. '24 disember 1989' di langit yg petang tadi biru, terlihatkan muka bulan yang sudah beberapa hari bermuka penuh.. suara alam sunyi sahaja.. kerana masa itu tidak ramai orang punya televisyen untuk mengisi masa malam mereka.. selepas makan malam tadi, dia terus tidur.. punyanya masih di luar yang tadi katanya ingin bermain badminton.. namun lewat begini belum juga terlihat kelibatnya.. mereka hanya tinggal berdua.. dalam keadaan yang sarat begini, punyanya masih sempat memerah keringat kerana minatnya.. hari-hari begini.. hanya sekali dua sahaja pulangnya awal.. masa berlalu rasanya begitu singkat.. esok tahun baru 1990, ramai orang malam sehari sebelumnya telah mula berkumpul untuk meraihkan sambutan sekali dalam setahun itu.. petang ini dia telah berada di sebuah bilik menunggu.. rasa itu hanya dia yang tahu.. saling kait persaudaraan yang punya waktu.. sudah di sisi.. berjam-jam menanti.. pada jam 11.30 malam itu dia sudah di suatu tmpat yang lebih sempit dari tadi.. saat mereka di luar sana mula bercerita dan merapat silaturahim kerana meraihkan tahun baru.. dia memerah keringat dan tenaga.. selang dua minit selepas jam 12 pagi.. lahirlah insan yang masih putih, suci dan bersih di sisi ibunya.. tanpa ayah di sisi saat itu amat pedih untuk yang faham, tapi bagi aku yang belum diazankan ini.. adakah aku faham.. hanya ibu yang menyimpan rasa kecewa itu.. aku diazankan pula abang saudaraku, laungan azan itu memecah gebuk semangatku dan setengah jam kemudiannya barulah ayah kandungku mengazankanku buat kali kedua.. sempurnalah kisahku ketika di dalam sana.. kini hari-hari baru bakal tiba...

hari-hari indah sering membuai kita... sering mngukir senyuman indah.. suatu saat dulu.. aku adalah anak kadazan dusun yang hidup sederhana sahaja.. tinggal dengan keluarga yang sangat bahagia.. punya dua orang kakak, dua orang adik membuatkan aku menjadi seorang yang bertanggungjawab... masa berlalu pergi tanpa aku sedari.. perjalanan hidup ini seperti kumbang berjalan di atas tali.. perlahan-lahan mnyusur jalan sempit dengan berhati-hati.. selangkah perjalanan ini mencopkan sejarah hidup yang berbeda dengan yang lain.. aku bukan sempurna sangat.. kurang dari plbagai aspek namun  lebih dari beberapa aspek.. lahirnya tanpa abang mungkin membuatku sedikit mengikut perangai dan sifat perempuan dari kakak-kakakku namun aku tetap lelaki sasa yang sejati.. dari umur setahun.. melangkah gagah mencari ilmu.. aku kini pelajar terbaik.. jadi kebanggaan ibu dan ayah, guru dan rakan-rakan.. aku mulakan langkahku satu persatu, namun siapa akan sangka jika satu hari nanti kita akan tersalah dari tali landasan.. saat umurku 10 tahun, aku mula terjebak kepada perkara lorong samar yang sempit.. perasaan cemburu, ingin tahu, membuatkan hidupku rosak separuh.. kata orang jiwa remaja masih panas, mungkin itu juga sebabnya semua ini terjadi.. kini aku bukan lagi yang dibanggakan atau di percayai.. aku menangis keesakan seorang diri mengenang nasib diri.. tiap hari aku berfikir dan memandang diri.. bukan hanya pada cermin, namun pada hati.. umur 12 tahun menjadi permulaan baru bagi hidupku.. belajar bersungguh-sungguh sahaja bisa mengubah sedikit kekalutan hidup dan perasaan ini.. akhirnya aku berjaya.. dan seluruh keluargaku bangga..

setibanya umurku 13 tahun, perpisahan ku dengan familyku kerana pelajaran amat menyakitkan... sejauh dua jam perjalanan ke tempat menunutut ilmu bagi kita sekarang bukanlah suatu yang menyusahkan.. "RM15 naik unser jak bha" namun bagi aku yang sederhana, 1 sen ibarat satu nyawa, sudah pasti merasa perit.. hidup di asrama memang sukar bagi sesetengah orang.. berbekalkan belanja hanya rm20 sebulan sudah cukup bagiku yang cukup sederhana.. mengikat perut bagi seorang penuntut memang sudah menjadi sebahagian hidup mereka.. sabar sahaja caranya.. rasa kesal pada umur 10 tahun dulu buat aku sedar, aku tidak lagi menunjuk-nunjuk, hanya sederhana jadi peganganku.. percampuran pelbagai adat dan budaya, membuatku sekali lagi di buai mimpi indah.. aku terpesong ke arah keseronokan.. ke arah keindahan duniawi.. pelajaran dan amanah mula aku lupa.. aku sering gagal sesetengah pelajaran.. tekanan dan kekalutan persahabatan membuatkan aku benar-benar berubah.. dari seorang remaja yang kelihatan sihat dan sasa, bertukar kepada seorang yang kurus dan sakit, ramai yang menyalah anggap aku mengambil benda itu.. tak pernah! namun hakikatnya siapa yang tahu keperitan itu.. mengenang nasib ini.. aku sering terfikir keperitan orang lain.. aku sanggup melakukan apa sahaja asalkan kesusahan mereka itu hilang.. aku bukan baik, tapi ilmu dan pengalaman mengajarku.. biar kita susah, asalkan kita tidak melihat kesusahan.. perjalanan aku di rantau orang berakhir juga apabila jasadku ini tidak lagi sekuat dulu.. dari sihat bertukar sakit-sakit selalu.. berpindah di tempat baru, kehidupan ku berubah sama sekali sekelip mata.. hati dan jiwaku umpama terlepas dari sangkar yang sudah lama terkunci.. dari seorang yang naif. aku kini gangster.. pergaulan dengan teman-teman yang bersifat kelelakian membuatkan aku terikut-ikut cara mereka.. penampilanku sedikit demi sdikit berubah.. kalau dulu suka kebersihan, sekarang hanya moderate sahaja.. usia meningkat.. selalu melanggar disiplin.. aku benci skema yang ku pegang 8 tahun lalu.. aku ingin di atas, aku ingin menyaingi yang lain.. sampi bila aku di bawa? aku nekad berjuang.. aku ingin jadi seorang yang bisa dibanggakan.. 3 tahun berlalu dengan kenangan indah, kenangan yang tak mungkin ku lupakan hingga tulang putih kapur.. kini aku abang kepada semua di sekolahku.. rasa bangga juga ada.. tapi aku cuma ingin dihormati dan disayangi dan aku dapat itu.. mungkin sebab aku baik atau aku bernasib baik.. never judge it.. mengetuai pelbagai persatuan dan kelab buatku mahir dalam pentadbiran.. fikirku, bisakah aku jadi pengganti PM.. besarnya hasrat itu..

meninggalkan zaman persekolahan amat menyakitkan.. rasa rindu ini lebih sakit daripada duri yang menusuk daging.. banyak kisah untuk diingat.. kini zaman cintaku bermula.. malu untuk katakan yang aku tidak pernah rasa ingin bercinta kerana aku takut untuk kecewa.. aku hanya menunggu seseorang untuk menjadi cinta sejatiku.. seperti insan lain, mereka inginkan cinta yang sempurna, aku juga begitu.. setelah 20 tahun aku berpuasa cinta, tibalah saat untuk aku melaluinya.. kata orang satu penungguan yang lama akan memberikan nikmat yang lebih.. 20 tahun menjaga kesucian hati dari cinta, memberikan aku satu rasa bahagia bila berdepan cinta.. dari satu pertemuan.. aku dapat merasa cinta sejati aku telah hadir.. dari prinsipku, sekali aku mencintai, akan ku jaga, kupegang dia selamanya.. aku akan setia buatnya selamanya.. kini aku bercinta.. perpisahan sementara amat menyakitkan.. satu perasaan yang menyatukannya adalah hati.. bagi aku cinta itu bukanlah atas dasar tanggungjawab mahupun rasa suka.. tetapi ia memerlukan komitmen yang tinggi.. kesabaran yang tiada had.. kesanggupan yang tak terbatas.. dan kesefahaman yang sentiasa.. aku bukan seorang yang pakar dalam cinta namun kita berhak berpendapat dalam cinta.. cinta kadang-kadang menyakitkan, cinta kadang-kadang mengasyikan.. siapa yang rasa, dialah yang tahu.. cinta pertamaku ini adalah cinta yang selamanya... aminnn..

kini, aku kini baru melepasi garisan permulaan kepada alam kejayaan.. aku rasa aku cukup bertuah.. cuma aku mungkin baru perasan.. ya aku memang bertuah.. kamu juga.. bekerja bukanlah sesuatu yang senang.. bukan sesuatu yang boleh dilakukan sempurna setiap hari.. aku cuba mencari jalan baru untukku persediaan di masa mendatang.. buat masa ini biarla aku menyara kamu, siapa tahu nanti kamu pula jadi sandaran aku.. aku igin sekali mempunyai harta sendiri.. namun penat lelahnya jangan cakap.. aku memohon pada tuhan agar jalan yang baik untukku.. dan untukmu juga.. merentas lekuk kehidupan akan datang mungkin lebih mendalam.. kuatkanlah aku menempuhnya.. sampailah aku ke titik akhirnya.. harap titik itu.. suatu yang bercahaya....


P/s: perjalanan kehidupan kita berbeza.. namun arahnya tetap satu.. hanya untuk bacaan semata.. segala ketidakpuashatian harap dimaafkan..

Wednesday, June 23, 2010

kaMu



     pHoTOgrApHy :  "kAMu"

    Tuesday, June 22, 2010

    kAta cOKlaT



    SELAMAT DATANG KE BLOG AKU…. Welcome to my blog..  v(///_^ )v
    Jiwa coklat : selamat merenung dan membaca blog aku ini… sedap tak coklat… kenapa saya suka coklat.. sebab coklat mahal... sukar untuk dibeli secara rambang mata… begitulah sepatutnya kita menyamakan diri kita iaitu seperti coklat.. semakin mahal coklat itu, semakin sedap rasanya dan mutunya… kerana diriku begitu berharga… jadi tidak kisahlah sama ada sebagai coklat gelap, coklat putih mahupun coklat pudar… jika disatukan pasti lagi sedap rasanya.. haha.. bukan promosi gagasan Satu Malaysia [tiada unsure politik] tapi hakikatnya begitulah juga kehidupan kan.. jiwaku memang coklat.. hahaha.. bukan meninggi diri tapi sebagai penghayatan diri sahaja.. coklat juga boleh buat kita gembira.. rasa manis coklat tidak sama dengan rasa manisan lain kan.. tak sama seperti gula-gula ataupun sirap.. coklat memberikan kenikmatan pada sensasinya… harganya juga boleh mencecah ratusan ringgit malah ribu… bertapa hebatnya menjadi coklat.. tak sia-sia hidup sebagai coklat kerana pembelinya pasti seorang yang benar-benar sayang akan coklat… macam hubungan antara manusia… bahagianya jika menemui sehati sejiwa… coklat juga seoarang yang perlu sabar menunggu pemiliknya… biar berbulan-bulan, bertahun-tahun, pasti ia setia menunggu… coklat juga selalu kelihatan cantik, bersih dan memikat.. bungkusan emas dan perak melambangkan tingginya taraf sebagai coklat.. tapi tak pernah plak coklat meninggi diri.. coklat juga universal.. sesuai pada ice cream, sesuai pada masakan, sesuai pada kosmetik, sesuai pada semua peringkat umur dan sesuai pada semua majlis.. begitulah hebatnya coklat.. mahukah anda menjadi coklat?? Atau sebagai permata? Atau sebagai wang? Atau sebagai batu bata? Apapun yang anda ingin jadi, hayatilah diri anda sejenak..
    P/s: coretan ini hanya sekadar luahan hati jiwacoklat sahaja.. Renunglah ^_^