Thursday, July 15, 2010

RiTma..



rItmA

Alunan bunyi getaran mendesir dalam gerakan membelau menjadi gelombang pagaran menghantar bunyi ke alur lubang telinga mengetuk gegendang secara berpaduan nyata dan telus.. bercampur melodi malar tetapi rawak mengingatkan aku segalanya.. segala yang indah dan tersurat..


sedih yang mencari makna, singgah di hujung waras fikiranku menguis hati untuk merasa.. perasaan berunsur takut memberi satu hayat untuk mengenang.. dasar yang memberi makna sebuah rasa suara hati.. bila hati bersuara, kaki mula berbisik sesama, menghantar getar.. getar-getar.. cubit peha kanan, peha kiri terasakan.. hubungan yang menjalin ikatan simpulan mati.. kau ada aku..

aku sentiasa ingat kisah itu.. percayalah bahawa cinta yang berbunga putih hanya keluar dan mekar dihatiku disuburi baja cinta ketika hanya bersamamu.. setitik tangisan yang berkongsi menyegarkan keasliannya dan memberi sinar baru.. selingkuh.. amit-amit.. selingkuh rasanya tiada sedikit pun ruang di hati ini.. kalaulah aku menjadi sebuah pelita, aku akan bertahan menyinarmu sehinggalah ke titisan minyak yang terakhir.. padan ku katakan yang takdir mengikat kita.. ikatan sebuah cinta.. cinta..

siapa aku jika tanpamu.. jiwangkah ritma nadi kata ini tanpa kisah bersamamu.. hidupkah bunga tulip tanpa sinar mentari cintamu.. kerdipan bintang tak bermakna tanpamu di malam ini.. hanya suara kumbang mengigit kesunyian malam.. malam yang berangin rawak sepoi bahasa mengejutkan kabus sutra.. sejuk sahaja..


jauh di pandangan mata namun kata orang dekat di hati.. kini suara hati yang kau luah ada aku.. bermakna aku penting buatmu.. kata yang mampu ku ucap tiada kecuali rasa terharu dan tak tersesalkan lagi menemuimu cintaku.. kini ritma itu sempurna.. setiap not pada chord yang meresap padu pada setiap tempo yang tepat.. dari do hingga mi, bunyi membelai ketenangan.. aku cinta padamu selamanya.. ritma cinta kita tak akan berhenti berlagu selagi aku pegang tanganmu, selagi simpul tak teruraikan.. I swear..


p/s : luahan rasa hati dikala mengeluarkan rasa tersurat.. sekadar memberi rasa..

0 comments:

Post a Comment