Wednesday, June 30, 2010

pErteMUan kITa

PeRtEmUaN


Saat itu jiwaku kosong sahaja.. lagu "tuhan kirimkanlah aku, kekasih yang baik hati"!! handphoneku berdering... aku tersedar dari lamunan.. fikiranku yang tadi biru... tiba-tiba bertukar kepada gambaran sebuah telefon yang berdering. dengan tanganku yang separah cepat, mencapai telefonku dan segera ku lihat dan siasat punca ia berteriak memanggilku. perasaanku saat itu benar2 kosong. ku segera menekan punat telefon itu. saat kemajuan teknologi sekarang amat ketara. fb mesej ku kini punya 29 mesej baru.. ku lihat mesej yg mengejutkanku tadi tapi seperti berat untuk membukanya.. fikirku, lebih baik aku buka mesej yg terdahulu.. ku semak setiap mesej-mesej itu perlahan-lahan.. ah!, bentak hatiku melihat semua mesej itu adalah komen dari teman-teman pada gambar yg aku ditanda.. lepas ku baca, ku delete satu persatu.. kini mesej hanyalah tinggal 3 yang tersenarai belum dibaca atau dibuang.. ku sambung semula.. tibalah pula mesej ynag terakhir yang berjaya mengejutkan ku tadi.. ku tekan butang yang berlebel 'ENTER'.. entah kenapa ku tekan butang itu sedangkan pada kebiasaannya aku hanya menekan butang tengah handphone ku. tak kisah lah mungkin aku lupa. tiba-tiba skrin telefon ku membuka pop up nya. satu mesej mengenai seseorang yang ingin menjadi teman facebook ku.. ku lihat nama pengguna itu.. unik dan versetyle, entah kenapa hatiku rasa senang sahaja untuk membalas mesej itu dengan 'ADD' dan sahlah dia sebagai temanku.. tapi aku sedar sudah lama aku jumpa nama itu namun aku ragu-ragu untuk menjadi salah seorang temannya.. aku betul-betul familiar dengan nama itu sehingga satu saat sblum ini berlaku, aku pernah menyemak segala butir peribadinya.. dan akhirnya dia memulakan langkah dahulu dariku.. saat ku baring-baring semula.. tiba-tiba, sekali lagi handphoneku berdering memohon supaya diberikan kekasih yang baik hati.. kali ini sepantas kilat ku capai telefon ku dan ku semak mesejnya.. JENG... dia! mesej pertama darinya.. "hai thanx for a app".. ucapan perhargaan yang selalu diucapkan namun ini seperti berbeza.. tanpa berlengah, ku balas mesej itu. mesej demi mesej terucapkan.. membuatkan ada perasaan akrab ku padanya.. saling bertanya prihal masing-masing.. saat itu aku mula terfikir sesuatu.. siapakah dia?? dari mesej menggunakan fb mesej, kami beralih kepada sms prabayar celcom.. kos bilnya yang murah memudahkan lagi untuk berhubung.. hanya ganguan talian sahaja yang mencemburui kita.. rasa orang luar berubah menjadi kawan.. perasaan kawan itu berubah menjadi suka.. makin hari, makin aku teringatkan dia.. walaupun belum pernah berjumpa, namun aku percaya dia bukan seorang yang hipokrit.. aku pernah cuba untuk menyintai mereka yang suka padaku namun.. hatiku takan bertahan lama kerana mereka berubah.. berubah dari segalanya.. mgkin bukan jodohku.. selama seminggu ku
berkenalan dengannya, aku merasakan perubahan dalam diriku, bukan berubah menjadi incredible hulk, tapi menjadi lebih matang dan berani.. sejujurnya aku mempunyai banyak watak.. bukan aku hipokrit atau kontrol macho, namun itulah cara semula jadiku untuk melindungi diriku daripada menerima propaganda, cemuhan orang atau sifat dengki.. untuk bergaul dengan lelaki aku akan buat berbeza jika dengan wanita, dan berbeda jika dengan family, kerana aku lebih manja jika dengan family.. dan dengan rakan-rakan aku akan menjadi begitu ramah namun untuk stranger, aku protect and control tahap gaban.. walaupun aku begitu, satu yang ku set dalam fikiran ku adalah untuk jujur dan baik hati.. perkenalan yang begitu singkat memberikan aku perubahan yang begitu banyak.. sehingga temanku sendiri mula merasai perubahan itu.. satu yang akan ku rasa pabila teringat atupun berbual dengannya adalah jantungku.. JANTUNGKU.. degupannya begitu kuat dan kadang kala buat diriku lemah.. jika ku terkenal sebagai seorang yang super kuat di alam nyata, tapi aku lemah padanya.. kata orang jika dia kekasih sejatimu, jantungmu akan berdegup kuat, adakah ia benar-benar wujud atau sandiwara filem melayu.. atau metafora mengganbarkan keghairahan cinta.. aku tiba-tiba rasa mermaid itu wujud. Dari sudut gayanya, aku sangat takut untuk berhubungan dengannya kerana dia sangat sempurna.. SANGAT SEMPURNA.. kata orang lagi perfect like supermodel.. hatiku kadang-kadang punah jika teringat kata-kata itu kerana jika dibandingkan dengan itu, aku seperti tidak layak untuknya.. dengan pertanyaan yang mengungkit kisah kehidupan, kami menjadi sekali lagi rapat seperti adik beradik kandung... saling membantu dan memahami antara kami.. rasa selamat dan aman.. "CINTA" cintaku padanya mula berputik walaupun belum pernah bertemu dengannya.. BERTEMU?, kami merancang untuk bertemu di suatu masa yang sesuai, satu tarikh keramat telah di pilih untuk pertemuan itu.. tarikh yang akan ku ingat hingga akhir hayatku... sekali lagi aku berdepan dengan dugaan cinta.. saat dalam perjalanan kepada pertemuan itu, muncul seribu satu kecurigaan adakah dia menerimaku.. hampir seratus kali kecurigaan itu menyebabkan aku menghantar mesej kepadanya.. bertanyakan kesanggupannya menerimaku.. dalam soal percintaan memang sukar diduga.. berbagai perasaan merajai hati.. namun replaynya hanyalah.. 'jan risau bha, aku sayang kamu' kata-kata itu memberiku sedikit kelegaan daripada demam dan batuk kecurigaan yang ku hidap seminggu lalu.. hari itu ku berharap sangat dia menyambutku dengan kemanisan.. tinggal beberapa saat lagi.. hatiku gelisah seperti menggigil kakiku ini.. minyak muka kian keluar, haish! tambah kacau jiwaku.. ku turun dari kereta.... tuk tak tuk tak.. kaki melangkah.. dari arah kiriku seseorang yang mungkin ku kenal muncul di depanku.. seperti gambar blur dan makin jelas menampakkan wajah dan tubuhnya.. hatiku meronta seperti ingin pulang segera.. memang sah itu dia.. aku malu bertemu dengannya kerna dia lebih indah dari apa yang ku bayangkan.. hai.. s****** ******, *** *****? ucapannya keluar.. ah! hati ku lemah.. kaku seketika, duniaku menjadi beku dan merah jambu.. aku menguatkan hati bergerak bersama dengannya.. kaki melangkah namun hatiku tetap bergetar seperti menunggu saat ia meletup.. sebutir kata pun tak ku keluarkan.. segan sangat.. dia cuba membuka kata.. aku jawab sepatah.. mungkin dia merasa bosan sedikit masa itu.. kami singgah di kedai mkan dan makan bersamanya buat kali pertama, romantiknya.. perasaan bahagia mula menyelubungi.. bukan kerana kenyang tapi kerana dia di sisi.. kami berbual sedikit sambil makan.. sedapnya rasa makanan itu.. selesai makan kami berjalan ke arah tujuan.. duduk berdua.. kami berpegangan tangan dengan erat.. rasa hati ni bertambah lebih bahagia.. sukar untuk ku gambarkan di sini.. ku sesekali merenung wajahnya.. lekuk-lekuk wajah yang membentuk buka pada pandangan sebelah kiri memukau hatiku.. indah sekali.. ku pejamkan mata seketika dan mengucap syukur kerana inilah permulaan cinta itu.. pertemuan singkat itu menjadi begitu bermakna.. aku tahu banyak tentangnya.. aku ingin menjadi sebahagian dari hidupmu.. setiap manusia diciptakan dengan kelebihan dan keunikan tersendiri.. seperti juga aku.. seharusnya kita selalu ada untuk menghargai diri dan orang lain.. aku menerimanya seadanya dan tidak pernah menyesal mengenalnya.. aku akan beri yang terbaik untuknya semampu ku.. sepanjang pertemuan itu, aku merasa benar-benar merasa cinta itu cinta sejatiku.. berkongsi apa yang ada, dia selalu mendahulukan aku berbanding dengan orang lain.. walaupun belum sah percintaan kita saat itu.. namun ku bersumpah untuk tidak menduakannya.. PERPISAHAN SEMENTARA!!. perpisahan sangat menyakitkan dan memilukan.. walaupun sementara, namun ia sangat pedih, umpama pisau dihunus pada hati sebelum d tarik hujungnya menyiat dindingnya.. aku cuba untuk menahan air mataku namun ia tetap keluar.. hari terakhir pertemuan.. aku menangis di sebelahnya dan hanya aku yang tahu.. berpisahnya kami bermula lagi di perhentian bas disebabkan dia akan menuju ke destinasinya d universiti, walaupun aku tidak sehebatnya namun sekurang-kurangnya aku boleh membantunya dari soal wang dan sara hidup.. aku bukan golongan berada, aku juga memerlukan wang untuk hidup.. tapi aku berkerja keras tiga kerja sehari untuk memenuhi hidupku yang masih pudar.. aku akan melindungi dia semampuku walaupun sehingga perlu menggadaikan nyawa.. kerana dia milikku.. segala punyaku berhak untuknya.. aku sayang padanya.. aku juga tidak pernah lupa akannya walaupun sedetik.. kebaikannya dan ketulusannya membuatkan dia punya hubungan mesra dengan ramai orang.. kemesraannya itu memberikan kecemburuan kepadaku.. cemburu melihatnya dengan mereka.. aku takut diduakan.. namun, dy selalu berjanji untuk setia padaku.. aku percaya kata-katanya.. aku tahu dia jujur.. aku bukan jenis mengongkong atau jaga tepi kain orang tapi aku takut jika kenyataan sebenar yang mendatang memberikan ku kejutan yang menyakitkan.. kenyataan yang tak bisa diterima.. aku bakal mati jika ini terjadi namun suatu kata pernah diluahkan  seseorang: "Jika hdup punca prpisahan , biarla mati mnyambungnya smula tp jka mati punca prpisahan , biarla hidup ini memberi erti yg nyata .." aku sedar itu semua.. perpisahan di sebabkan mati memang perit, namun perpisahan sebelum mati lebih memeritkan.. aku harap ini semua tidak akan terjadi.. aku benar-benar bertuah mengenali dia.. aku bersyukur punya kekasih sepertinya.. aku berdoa moga kami dipertemukan lagi.. aku sayang kamu.. berilah aku kesabaran yang lebih agar aku boleh bertahan untuk menunggumu.. bukan ku tak sanggup tapi takdir amat menyakitkan.. 
*coretan semata, tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah tiada..*

3 comments:

jovic ferera said...

wahhhh best gk story pertemuan nie...... hehehe
hope hubungn kekal selamanya....

adhe said...

haha... harap2 lah... pertemuan nie la yang buat aku gembira, buat aku sedih.. semua perasaan ada.. harap semuanya ok..

adhe said...

haha.. ada orang jeles...

Post a Comment