Wednesday, June 30, 2010


TiTiK

Kehidupan yang di lingkari cabaran, onak duri dan ranjau sudah menjadi lumrah suatu perjalanan. dari titik mula bertaut pada tali menggelongsor menuju satu tujuan.. sukarnya menggelongsor keatas berbanding ke bawah... tarikan dinamik pusat bumi satu cabaran yang harus ditempuhi.. hidup yang dikurniai tuhan ini sangatlah berharga.. harta kepada harta untuk sesebuah harta yang tiada pengganti ataupun diganti.. selang hari garis serenjang itu mula terbentuk merah memekat, di tengahnya tumbuh setitik gumpalan hitam menyendol-nyendol seperti ingin keluar menampakkan jelas rasa bangga kejayaan yang dicapai.. berpegang dengan satu janji yang besar.. shu.. shu.. daun pintu kayu rumah usang di selak bayu.. helaian kalendar di dinding rumah berdesir menampakkan tarikh yang tercop merah pada helaiannya.. '24 disember 1989' di langit yg petang tadi biru, terlihatkan muka bulan yang sudah beberapa hari bermuka penuh.. suara alam sunyi sahaja.. kerana masa itu tidak ramai orang punya televisyen untuk mengisi masa malam mereka.. selepas makan malam tadi, dia terus tidur.. punyanya masih di luar yang tadi katanya ingin bermain badminton.. namun lewat begini belum juga terlihat kelibatnya.. mereka hanya tinggal berdua.. dalam keadaan yang sarat begini, punyanya masih sempat memerah keringat kerana minatnya.. hari-hari begini.. hanya sekali dua sahaja pulangnya awal.. masa berlalu rasanya begitu singkat.. esok tahun baru 1990, ramai orang malam sehari sebelumnya telah mula berkumpul untuk meraihkan sambutan sekali dalam setahun itu.. petang ini dia telah berada di sebuah bilik menunggu.. rasa itu hanya dia yang tahu.. saling kait persaudaraan yang punya waktu.. sudah di sisi.. berjam-jam menanti.. pada jam 11.30 malam itu dia sudah di suatu tmpat yang lebih sempit dari tadi.. saat mereka di luar sana mula bercerita dan merapat silaturahim kerana meraihkan tahun baru.. dia memerah keringat dan tenaga.. selang dua minit selepas jam 12 pagi.. lahirlah insan yang masih putih, suci dan bersih di sisi ibunya.. tanpa ayah di sisi saat itu amat pedih untuk yang faham, tapi bagi aku yang belum diazankan ini.. adakah aku faham.. hanya ibu yang menyimpan rasa kecewa itu.. aku diazankan pula abang saudaraku, laungan azan itu memecah gebuk semangatku dan setengah jam kemudiannya barulah ayah kandungku mengazankanku buat kali kedua.. sempurnalah kisahku ketika di dalam sana.. kini hari-hari baru bakal tiba...

hari-hari indah sering membuai kita... sering mngukir senyuman indah.. suatu saat dulu.. aku adalah anak kadazan dusun yang hidup sederhana sahaja.. tinggal dengan keluarga yang sangat bahagia.. punya dua orang kakak, dua orang adik membuatkan aku menjadi seorang yang bertanggungjawab... masa berlalu pergi tanpa aku sedari.. perjalanan hidup ini seperti kumbang berjalan di atas tali.. perlahan-lahan mnyusur jalan sempit dengan berhati-hati.. selangkah perjalanan ini mencopkan sejarah hidup yang berbeda dengan yang lain.. aku bukan sempurna sangat.. kurang dari plbagai aspek namun  lebih dari beberapa aspek.. lahirnya tanpa abang mungkin membuatku sedikit mengikut perangai dan sifat perempuan dari kakak-kakakku namun aku tetap lelaki sasa yang sejati.. dari umur setahun.. melangkah gagah mencari ilmu.. aku kini pelajar terbaik.. jadi kebanggaan ibu dan ayah, guru dan rakan-rakan.. aku mulakan langkahku satu persatu, namun siapa akan sangka jika satu hari nanti kita akan tersalah dari tali landasan.. saat umurku 10 tahun, aku mula terjebak kepada perkara lorong samar yang sempit.. perasaan cemburu, ingin tahu, membuatkan hidupku rosak separuh.. kata orang jiwa remaja masih panas, mungkin itu juga sebabnya semua ini terjadi.. kini aku bukan lagi yang dibanggakan atau di percayai.. aku menangis keesakan seorang diri mengenang nasib diri.. tiap hari aku berfikir dan memandang diri.. bukan hanya pada cermin, namun pada hati.. umur 12 tahun menjadi permulaan baru bagi hidupku.. belajar bersungguh-sungguh sahaja bisa mengubah sedikit kekalutan hidup dan perasaan ini.. akhirnya aku berjaya.. dan seluruh keluargaku bangga..

setibanya umurku 13 tahun, perpisahan ku dengan familyku kerana pelajaran amat menyakitkan... sejauh dua jam perjalanan ke tempat menunutut ilmu bagi kita sekarang bukanlah suatu yang menyusahkan.. "RM15 naik unser jak bha" namun bagi aku yang sederhana, 1 sen ibarat satu nyawa, sudah pasti merasa perit.. hidup di asrama memang sukar bagi sesetengah orang.. berbekalkan belanja hanya rm20 sebulan sudah cukup bagiku yang cukup sederhana.. mengikat perut bagi seorang penuntut memang sudah menjadi sebahagian hidup mereka.. sabar sahaja caranya.. rasa kesal pada umur 10 tahun dulu buat aku sedar, aku tidak lagi menunjuk-nunjuk, hanya sederhana jadi peganganku.. percampuran pelbagai adat dan budaya, membuatku sekali lagi di buai mimpi indah.. aku terpesong ke arah keseronokan.. ke arah keindahan duniawi.. pelajaran dan amanah mula aku lupa.. aku sering gagal sesetengah pelajaran.. tekanan dan kekalutan persahabatan membuatkan aku benar-benar berubah.. dari seorang remaja yang kelihatan sihat dan sasa, bertukar kepada seorang yang kurus dan sakit, ramai yang menyalah anggap aku mengambil benda itu.. tak pernah! namun hakikatnya siapa yang tahu keperitan itu.. mengenang nasib ini.. aku sering terfikir keperitan orang lain.. aku sanggup melakukan apa sahaja asalkan kesusahan mereka itu hilang.. aku bukan baik, tapi ilmu dan pengalaman mengajarku.. biar kita susah, asalkan kita tidak melihat kesusahan.. perjalanan aku di rantau orang berakhir juga apabila jasadku ini tidak lagi sekuat dulu.. dari sihat bertukar sakit-sakit selalu.. berpindah di tempat baru, kehidupan ku berubah sama sekali sekelip mata.. hati dan jiwaku umpama terlepas dari sangkar yang sudah lama terkunci.. dari seorang yang naif. aku kini gangster.. pergaulan dengan teman-teman yang bersifat kelelakian membuatkan aku terikut-ikut cara mereka.. penampilanku sedikit demi sdikit berubah.. kalau dulu suka kebersihan, sekarang hanya moderate sahaja.. usia meningkat.. selalu melanggar disiplin.. aku benci skema yang ku pegang 8 tahun lalu.. aku ingin di atas, aku ingin menyaingi yang lain.. sampi bila aku di bawa? aku nekad berjuang.. aku ingin jadi seorang yang bisa dibanggakan.. 3 tahun berlalu dengan kenangan indah, kenangan yang tak mungkin ku lupakan hingga tulang putih kapur.. kini aku abang kepada semua di sekolahku.. rasa bangga juga ada.. tapi aku cuma ingin dihormati dan disayangi dan aku dapat itu.. mungkin sebab aku baik atau aku bernasib baik.. never judge it.. mengetuai pelbagai persatuan dan kelab buatku mahir dalam pentadbiran.. fikirku, bisakah aku jadi pengganti PM.. besarnya hasrat itu..

meninggalkan zaman persekolahan amat menyakitkan.. rasa rindu ini lebih sakit daripada duri yang menusuk daging.. banyak kisah untuk diingat.. kini zaman cintaku bermula.. malu untuk katakan yang aku tidak pernah rasa ingin bercinta kerana aku takut untuk kecewa.. aku hanya menunggu seseorang untuk menjadi cinta sejatiku.. seperti insan lain, mereka inginkan cinta yang sempurna, aku juga begitu.. setelah 20 tahun aku berpuasa cinta, tibalah saat untuk aku melaluinya.. kata orang satu penungguan yang lama akan memberikan nikmat yang lebih.. 20 tahun menjaga kesucian hati dari cinta, memberikan aku satu rasa bahagia bila berdepan cinta.. dari satu pertemuan.. aku dapat merasa cinta sejati aku telah hadir.. dari prinsipku, sekali aku mencintai, akan ku jaga, kupegang dia selamanya.. aku akan setia buatnya selamanya.. kini aku bercinta.. perpisahan sementara amat menyakitkan.. satu perasaan yang menyatukannya adalah hati.. bagi aku cinta itu bukanlah atas dasar tanggungjawab mahupun rasa suka.. tetapi ia memerlukan komitmen yang tinggi.. kesabaran yang tiada had.. kesanggupan yang tak terbatas.. dan kesefahaman yang sentiasa.. aku bukan seorang yang pakar dalam cinta namun kita berhak berpendapat dalam cinta.. cinta kadang-kadang menyakitkan, cinta kadang-kadang mengasyikan.. siapa yang rasa, dialah yang tahu.. cinta pertamaku ini adalah cinta yang selamanya... aminnn..

kini, aku kini baru melepasi garisan permulaan kepada alam kejayaan.. aku rasa aku cukup bertuah.. cuma aku mungkin baru perasan.. ya aku memang bertuah.. kamu juga.. bekerja bukanlah sesuatu yang senang.. bukan sesuatu yang boleh dilakukan sempurna setiap hari.. aku cuba mencari jalan baru untukku persediaan di masa mendatang.. buat masa ini biarla aku menyara kamu, siapa tahu nanti kamu pula jadi sandaran aku.. aku igin sekali mempunyai harta sendiri.. namun penat lelahnya jangan cakap.. aku memohon pada tuhan agar jalan yang baik untukku.. dan untukmu juga.. merentas lekuk kehidupan akan datang mungkin lebih mendalam.. kuatkanlah aku menempuhnya.. sampailah aku ke titik akhirnya.. harap titik itu.. suatu yang bercahaya....


P/s: perjalanan kehidupan kita berbeza.. namun arahnya tetap satu.. hanya untuk bacaan semata.. segala ketidakpuashatian harap dimaafkan..

0 comments:

Post a Comment