Wednesday, July 14, 2010
tWiN
tWIn
perasaan dan pendapat setiap kita amatlah berbeza setiap seorang.. setiap kita diciptakan rasa dan kemahuan tersendiri, tiada siapa yang tahu perasaan itu.. walaupun ia berbeda dengan yang lain atau hanya minoriti sahaja namun perlukah ia menjadi halangan? adakah seperti kembar, selalu sependapat, selalu seiringan.. walaupun kita manusia dicipta dari sumber yang sama, namun pegangan dan acuan yng membentuk kita adalah berlainan.. walaupun adunan tepung dicampur air, gula, minyak, ibu roti dan garam, ia akan membentuk aneka kuih muih juga seperti donut, cempiang dan tausa bun mahupun pau kampung.. begitulah juga manusia.. acuan dari ibu bapa jugalah yang akan membentuk anak mereka.. namun dorongan dan galakan mahupun gangguan dari pihak lain juga akan mengubah keadaan kita.. seperti kuih juga, sekiranya ulihan tepung tidak sekata ataupun diganggu, pastilah ia akan lari dari bentuk dan rupa asal.. jika kurangnya kasih sayang dan dorongan, pasti hasilnya juga kurang.. namun kita sendiri seharusnya berani mengubah dan berusaha agar kekurangan itu hilang..tidak semestinya jika kita kurang sejak awal, pada akhirnya kita tidak sempurna.. umpama adunan tepung tadi terlupa untuk dibubuh garam.. ia tetap akan jadi kuih.. kuih pau namanya.. tetap sedap dan jika diusahakan dengan inti yang enak pasti lebih laku dari yang lain.. walaupun perasaan itu lain dari manusia lain, namun secara rawaknya aku tetap diriku sendiri.. tak perlu risau ataupun berfikir berjela-jela.. aku dilahirkan sempurna.. manusia itu sempurna semuanya.. cuma yang kurang pada seseorang adalah sifat malas.. malas berusaha dan ikut kehendak sahaja.. selagi ada rasa percaya dan terus ke hadapan, semuanya adalah sehala.. saat menggoreng atau mengukus kuih juga, keazaman dan keseimbangan amat diperlukan.. aku sebagai manusia juga ibarat rangkai kata ini, sekiranya kuih dimasak dalam minyak yang penuh, pasti ia masak dengan sempurna, emas dan kembang.. tapi mereka selalu menolak kemungkinan dan rasa sebenar kuih ini.. adakah sesuatu kuih itu sempurna dengan bahan yang mahal atau teknik pembuatannya.. percayalah.. sesungguhnya kita dicipta berbeza.. ada banyak karisma.. aku mula merasa yang kita tak perlu risau.. teruskan keyakinan itu.. pentingnya kita disayang.. bukan diminati sahaja.. jika cinta bertandang, berusahalah menjaganya sehabis baik.. peluang sentiasa terbuka..
p/s : coretan ini sekadar mencari sesuatu yang terselindung di sebalik kerdipan cahaya.. mampukah kita melihat sesuatu di sebalik lampu terang yang menyuluh tepat ke mata kita.. renunglah..
0 comments:
Post a Comment