Monday, April 18, 2011

ayam sabung

aku mula meminati ayam sabung sejak aku terjebak dalam satu cerita... hehehee... menarik...




dulu ingat lagi masa aku kecik-kecik, ayah aku ada bela ayam sabung, sangat ramai.. dari ingatanku, ayam ayahku inilah antara juara-juara ayam sabung dulu-dulu.. apa tidaknya, ayam ni semua dipilih dari benih bermutu dari ayam jenis tukul tebal, (nama ni aku yang bagi sebab ayam sabung ni ada tulang tebal yang panjang pada kaki...) buktinya suatu malam, anak-anak ayam yang 12 ekor dalam reban tu nyaris dicuri, nasib baiklah telinga tak pekak lagi, bertempiaran lanun-lanun ayam tu terkena lampu suluh.. ahhahaha... lanun kampung aku gak semua tu..

tapi lama kelamaan mungkin sebab ayahku sibuk dengan kerjanya maka disuruhnya aku mengambil alih tugas menjaga ayam-ayam ni.. manalah aku minat ayam yang berat anggaran 5 kilo.. hahaha.. namun tak lama, suatu pagi dengan rasa berat hati, ayam aku tu semua dah pergi takan kembali, bergelimpangan mayat mereka di sana sini... akibat smpar ayam.. sedih...





walaupun begitu, hanya seekor lagi yang masih hidup, PALOMA, huhu ayam betina yang paling tua.. kebetulan mengandung.. macam mamalia pula.. hehe.. maka zuriatnya kembali lagi.. alhamdulillah.. tapi aku tetap tak minat ayam sabung ni..

masa aku umur 12 tahun, saat menduduki peperiksaan penting buat kali pertama.. nekad dan azam kian membara, orang lain kalau nak minta hadiah bila dapat keputusan cemerlang mesti nak basikal lah, robot lah, duit lah.. macam-macam lah.. tapi aku nak AYAM SERAMA.. tak kah pelik.. hahaha..

bila keluar keputusan, NAH KAU! 5A tuh!! punya aku happy masa tu.. waktu petang tu lepas balik dari sekolah agama, aku terkesima bila melihat 2 pasang serama sedang menanti diberi makan, naik meremang bulu roma aku, macam nak terbang.. bermula lah episod si mama dan si jalak.. pic macam di bawah, aku tak sempat take pic mereka dulu..

mula dua ekor je.. kian berkembang biak dgn jayanya.. namun, semuanya cuma warna putih dan hitam.. haha.. bosan juga rasanya.. jadi aku pun merayu pada mama dan jalak untuk dapat anak warna coklat! warna fevret aku.. ni kisah benar! tak lama lepas tu telur si mama ni pun menetas.... sebiji je.. mana mungkin coklat kan.. tiap hari aku jenguk si mama dan berdoa.. wah!! dengan happy aku mengumumkan yang anak mereka warna coklat cair! hooray!! tak percaya aku... ni lah dikatakan doa mengubah segala sesuatu.. kan?

namun ayam serama aku ni aneh, makin lama makin lah kecil sampai boleh masuk dalam mug!! aneh! akhirnya ia berakhir zuriat akibat telur tak subur... apa tidaknya, telur kecil dari telur puyuh.. walaupu begitu, zuriat ayam serama ni berjangkit ke ayam sabung yang menampilkan baka sembiring! ada yang kaki panjang, ada yang pendek dan ada yang keseramaan tapi besar @ katik..




jawabnya baka serama dan sabung aku pupus sudah... tapi  beberapa tahun lepas tu, baka ayam sabung muncul semula.. mungkin sebab mereka buat pembenian bersilang.. ada benarnya... kini ayam sabung aku ni adalah baka baru.. Bentuk macam ayam sabung yang agak besar dan berbulu lebat..



Ni lah cerita minat aku bermula pada ayam sabung.. suatu hari, aku duduk di luar rumah aku, muncul seekor ayam betina warna rintik bercampur-campur, macam ayam biasa je.. jinak gila sampai hinggap di tangan aku.. aku ambik lah.. aku bukan curi ya, dia yang nak aku.. hehe.. tak lama lepas tu, SITI pun bertelur dari pembenian ayam sabung aku dan anak ayam tu membesar dan menjelmah sebagai ayam pisau filipina.. aku tak puas hati tambah terpesona tambah hairan.. aku pun mula menyelidik tentang ayam laga di internet.. lama kelamaan lepas tahu pelbagai fakta baru lah aku sedar kehebatan ayam laga ni.. dan ayam yang tadi datang sendiri tu sebenarnya induk ayam filipina.. hahaha..

dan kini aku mula membiak baka ayam-ayam ni dengan pelbagai baka baru yang anda takan percaya.. kini aku ada penetas telur sendiri.. aku boleh cipta ayam serama bermula dari ayam kampung.. hebatkan.. cuma kos yang agak tinggi.. 




dan kini aku yakin bahawa internet sangat berguna pada hidup dan jiwa kita... peace.......

1 comments:

Anonymous said...

menarik juga cerita anda...sy pun ada cerita sendiri mcmana minat bela ayam serama bertukar ke memelihara ayam sabung...hari2 layari laman ayam sabung...kumpul baka terbaik

Post a Comment