Wednesday, April 13, 2011

A.G.L.e.T.

Seumpama perkataan di atas, sememangnya seperti tidak penting.. maksudnya juga jarang sekali kita ketahui.. samalah juga dengan benda itu..

Tahu kah kamu apa itu aglet? wah! seperti suatu sebutan yang keBARATan.. jika menyebutnya umpama kita orang yang dibanggakan.. ya! memang pun.. aku juga tertanya-tanya apa itu aglet sebenarnya.. perkataan ini aku dapat dari sebuah rancangan tv, terlalu indah benda ni bagi aku, macam suatu kata sihir zaman dahulu.. ada bola sakti, ada kuasa petir dan elemen bumi.. terasa kagum sama sekali..

Berbalik pada aglet, ia benda yang sangat kecil.. boleh masuk dalam tali perut kita.. tapi ia memang dianggap kurang berguna secara kasar.. sedangkan tanpanya mana mungkin dapat memasuki lubang yang sempit itu.. berpeluh-peluh lah kita mencuba memasukki lubang itu..

Wah...! makin lama aku terfikir benda ni, makin teruja aku rasanya.. walaupun si kecil ini tak sepopular handphone, laptop atau MP3, namun si kecil yang comel ni kadang-kadang akan buat hati gembira.. tak sabar rasanya nak tengok lagi aglet tu..

Apa pun aku cuma nak bagitahu bahawa suatu benda yang kurang popular itu juga sebenar penting bagi kita namun namanya sahaja yang jarang didengar.. "A.G.L.E.T.! : suatu benda plastik yang ada pada hujung tali kasut"

unik kan? benda yang kecil itu juga punya nama yang menarik.. namun ramai juga yang mulai sedar kepentingannya... baguslah.. apapun apa yang penting ialah kta perlu menghargai setiap insan mahupun benda yang ada di sekeliling kita walaupun ia kecil sahaja... ^_^



"coretan ini saja aku buat untuk tatapan anda, mungkin lepas ni, anda akan lebih menghargai si AGLET ni..."

0 comments:

Post a Comment