Tuesday, August 17, 2010

 

KERANA

semuanya..

Selama aku kenalmu hingga saat ini, aku terlalu bahagia.. tapi kini.. khabar gembira kadang-kadang sahaja menyentuh di hatiku.. selalunya hanya pertanyaan bermain di hatiku.. akal berfikir... ya, aku sekarang cuma terkurung di alam bilik kosong.. menunggu ada yang mengetuk dan bertanya khabarku.. bertapa bodohnya aku kalau begini.. aku paksa diriku untuk berkurung.. tak benarkan hati melihat dunia luar.. menahan segalanya... ternyata sia-sia..

aku bukan kayu, bukan batu atau perhiasan.. aku juga ada perasaan.. takkan selamanya aku begini.. menjadi merak tunduk... mungkin aku kurang faham.. dunia luar itu sudah bagaimana sekarang.. ini kerana sebatang pokok yang memberi aku sinar... sinar harapan yang takan hilang selamanya..

pokok yang ku ingin jaga selalu.. tak benarkan serangga dan hama menggigit dan menusuknya.. dulu pokok itu hampir tertusuk duri.. walaupun aku tak bisa mematahkan duri itu, namun aku cuba pertahankan pokok itu.. ku ingat lagi kisahmu dikhianati dulu.. adakah kerana kasih cinta seperti kita atau hubungan yang kau cuba kau tambahkan.. dan duri itu juga.. aku kiranya mengungkit kah? atau aku takut kau tertusuk lagi.. sedarlah bahawa aku terguris jika kau terguris.. ku buatkan diriku melihatmu sahaja walaupun di hutan itu banyak pokok-pokok lain.. ku buatkan rumah untuk berteduh di atas bukit untuk aku dan pokok itu.. tempat yang segar dan nyaman.. terpaksa ku terkurung di dalam dan ia di luar mencari sinar mentari.. sesekali kita bersua.. aku bahagia menjadi pemujamu...

di luar sana, meranti, orkid dan flora lain bersamamu.. kau tertawa dan bergembira bersama mereka.. aku tak kata kau lupa aku... aku senang lihat kamu gembira.. sesekali kau buat aku cemburu.. tapi bisa saja kau buatkan hatiku tenang..

kian lama aku terasa terabaikan.. "benarkah?" "tidaklah.. kau kena faham.. pokok itu tak boleh abaikan temannya di rimba itu.. nanti dia dilabel sebagai sombong... kau kena faham.. okay?" kata unggas mengusik malamku.. "kau di mana pokokku?" "di sini di atas kekaki tempat tidurku.." aku tersenyum.. terasa senang sedikit.. "kamu ok?" "ok.. aku di kaki bukit... bersama orkid mencari haruman dari td.." di kaki bukit? ternyatakah aku tersilap dengar tadi? "takpa, hati-hati2 ya"
tersentuh hatiku mendengarnya.. aku kuatkan semangat kerana aku sudah terlalu perit menahan sakit ini yang kau kata ku buat sendiri.. bodohnya aku.. kini kau dah boleh tipu aku.. kerana aku dah kunci diriku untukmu.. kau kini malu untuk kutarik berdiri, kerana kau kata itu bukan tugasku.. aku tak boleh campur hidupmu di hutan..

kau baik padaku, kau setia padaku.. ku sedar semua itu kerana aku dah kenal kamu.. kata meranti menasihatiku untuk menjagamu sepenuh hati dan jangan sekali lukakan hatinya.. aku faham semua itu.. hanya kamu harus dijaga, aku kan hanya pemujamu.. aku terfikir.... adakah ya temanku menyuruhmu menjagaku dan jangan sakiti hatiku? angan-angan semata lagi..

aku rasa, aku sudah cukup untuk menjadi merak tunduk.. sudah lama leherku tertunduk ke tanah.. tiba saatnya untuk aku berdiri megah semula.. walaupun aku dah bersumpah takkan mencari yang lain.. aku akan pegang sumpah itu sampai mati.. aku cuma ingin berada di tempatmu... merasai semula hubungan persahabatan, kekeluargaan yang hampir ku lupa.. aku ingin mencari swan, aku ingin tertawa bersama layang-layang dan helang di angkasa.. aku akan berlari megah dan angkuh lagi... aku tak lupakan kamu, cuma aku kini ada peranan lagi.. kalau gagal, nanti mereka melebelkan aku sebagai tak mengenang budi lagi seperti selama ini.. kau yang kena faham pula.. aku cinta kau selamanya.. itu janjiku, tapi aku minta untuk bebas lagi di daratan ini..

aku dah mula berhubung dengan temanku di lereng-lereng bukit itu.. aku bakal rasa semua kegembiraan seperti rasamu.. janganlah kau pula kata aku ada yang lain.. kemarin aku terjumpa helang.. katanya dia ajak aku jalan-jalan.. aku minta izin ya... mungkin kalau begini, aku tak lagi rasa keseorangan dan lebih faham kamu dan knapa harus aku cemburu.. buat adikku.. terima kasih atas segalanya.. tapi kau khianati aku.. aku maafkan kau.. tapi mungkin kepercayaan aku padamu dah terkikis sekarang.. aku bukan berdendam tapi itulah lumrah.. kau jahat adik.. tapi kau buat aku berubah.. jangan kau kata aku jahat.. kau yang ubah aku..


* masa berlalu pergi.. hatiku yang sedih ini tak mungkin diubati.. tapi aku takan mengalah.. aku cinta kau selamanya sama seperti aku kenal kau dulu..*






Friday, August 13, 2010

DI MANA

jiwa coklat : perasaan timbul tanpa bersebab memang menghairankan.. tapi perasaan sedih yang muncul dari lubuk hati ini mengguris perasaanku seperti orang putus cinta... saat itu hatiku betul-betul sedih.. mataku tidak berhenti menangis..hati terasa amat sakit, fikiran bercelaru, berkhayal tanpa tujuan, selera pun bagai lumpuh.. terasa dunia ingin menelanku..

jika kamu rasa perkara ini mustahil, terpulanglah pada kamu kerana bukan kamu yang merasa.. sudah dirundum kesedihan, mimpi-mimpi yang mendendamiku mula mencemari tidurku.. sehari hanya sesingkat tidur terganggu dengan mimpiku.. jika sekali aku boleh terima,, tapi kalau berulang kali.. apa maknanya.. hati ini tersimpan seribu pertanyaan.. seribu persoalan.. pada siapa ingin ku luah? pada siapa ingin ku beri rasa? fikiran bercelaru begini hanya membuat orang lain menderita jika ku khabarkan.. tiada siapa memahamiku..

ku luah pada adikku, hanya dia mengerti.. berikan aku sedikit sinar.. walaupun masalah ini kusimpan.. namun rasa sedih itu hilang sedikit.. tiada siapa percaya kata-kata ku.. semua pun menuduhku membuat cerita.. aku menangis tak henti.. terpaksa mengunci diriku seorang diri dalam bilik agar tiada yang perasan.. terasa loya, terasa pening, terasa lenguh.. mungkin kerna aku makan sedikit sahaja berbuka tadi.. tetapi ia seiring dengan kesedihanku.. sesak nafasku buat aku hampir pengsan.. kalaulah aku tersekat nafasku masa itu.. adakah aku bisa menulis luahan ini?

syukur aku mampu hidup lagi.. adik, terima kasih banyak-banyak.. walau orang kata kau bukan-bukan, abang tetap percaya kamu berhati baik.. mungkin kasih sayang aku padamu tak sebesar cintaku padanya.. tapi aku akan jadi abang yang baik untukmu.. itu sumpah aku.. semoga aku dapat tempuhi ini semua.. semoga puasa tahun ini bisa ku habiskan.. semoga cintaku setia menanti..

* rambut sama hitam tapi hati lain2, hati sama tebal tapi  jiwa yang nipis mudah terguris.. jika aku kehilanganmu, itulah perkara paling kusesali seumur hidupku.. *