Wednesday, April 13, 2011

A.G.L.e.T.

Seumpama perkataan di atas, sememangnya seperti tidak penting.. maksudnya juga jarang sekali kita ketahui.. samalah juga dengan benda itu..

Tahu kah kamu apa itu aglet? wah! seperti suatu sebutan yang keBARATan.. jika menyebutnya umpama kita orang yang dibanggakan.. ya! memang pun.. aku juga tertanya-tanya apa itu aglet sebenarnya.. perkataan ini aku dapat dari sebuah rancangan tv, terlalu indah benda ni bagi aku, macam suatu kata sihir zaman dahulu.. ada bola sakti, ada kuasa petir dan elemen bumi.. terasa kagum sama sekali..

Berbalik pada aglet, ia benda yang sangat kecil.. boleh masuk dalam tali perut kita.. tapi ia memang dianggap kurang berguna secara kasar.. sedangkan tanpanya mana mungkin dapat memasuki lubang yang sempit itu.. berpeluh-peluh lah kita mencuba memasukki lubang itu..

Wah...! makin lama aku terfikir benda ni, makin teruja aku rasanya.. walaupun si kecil ini tak sepopular handphone, laptop atau MP3, namun si kecil yang comel ni kadang-kadang akan buat hati gembira.. tak sabar rasanya nak tengok lagi aglet tu..

Apa pun aku cuma nak bagitahu bahawa suatu benda yang kurang popular itu juga sebenar penting bagi kita namun namanya sahaja yang jarang didengar.. "A.G.L.E.T.! : suatu benda plastik yang ada pada hujung tali kasut"

unik kan? benda yang kecil itu juga punya nama yang menarik.. namun ramai juga yang mulai sedar kepentingannya... baguslah.. apapun apa yang penting ialah kta perlu menghargai setiap insan mahupun benda yang ada di sekeliling kita walaupun ia kecil sahaja... ^_^



"coretan ini saja aku buat untuk tatapan anda, mungkin lepas ni, anda akan lebih menghargai si AGLET ni..."

Tuesday, April 5, 2011

jalan yang tertembuskan...



Asyik berjiwang je aku ni... hehehe..
hari ni macam biasalah ada masa nak online update blog aku yang aku sayang sangat ni..
dari kemarin aku rasa macam terawang-awangan je..tak tahu la kenapa.. dah lama nak menulis jalan kehidupan yang aku asah ni.. 20 tahun dah aku hidup di muka bumi ni rupanya.. tak sedar masa berlalu...

aku sedih sangat bila tahun lalu cita-cita besar ku tak kesampaian.. tapi takpe, masih ada jalan untuk menebus semua kegagalan.. BTW kau masih berhutang dengan aku... aku ingat selalu semua tu LIMZA...

sekarang  aku masih lagi mengejar cita-cita aku yang terlepas dulu.. kadang-kadang terfikir juga aku "Malu" tapi tidak semua manusia jalannya sama kan.. mungkin aku lain sikit.. siapa tahu... tapi alhamdulillah kewanganku masih kukuh dan tak putus.. maknanya aku bertuah.. hehe.. cinta pula, nampaknya masih kukuh.. dia baik sekali.. dengan watak manis buat aku lebih dihargai, taknaklah melebih-lebih.. nanti ada pula yang merah.. thanks so much....

sulung hari bulan lalu aku terkesima sebentar.. cerita bermula begini.. aku jalan-jalan macam biasa mengasah kasut yang kian haus.. nak beli kasut baru Paul Smith... terserempak aku dengan orang yang pernah tipu aku LIMZA.. haish.. marah betul aku.. jeng jeng jeng.. tulah guna sebiji mata je..

aku tersilap.. tapi memang dia... sah-sah aku jumpa dan tegur.. haish!! harap muka je sama........ lega... sama sangat2 dengan budak tu... pelanduk pun aku rasa tak sama sangat kan... eh.. sama la planduk.. tanduk je beza hehe.. kira boleh jadi pengganti lah... bestnya... kalau ikutkan... nisbah bacaan ialah:

nama : 50% sama
muka : 94% sama
suara : 90% sama
tinggi : +2 inch
perangai : 80% sama
gaya : 93% sama
the rest : Best je.........

apapun tu bukan lah niatku nak macam dulu, kali ini skadar nak buang rasa perit yang lama.. ibarat mengganti rasa.. tapi napa ada orang yang sama muka di tempat yang berdekatan tapi tak pernah berjumpa? aneh... lega pula aku rasa... apa pun aku hanya berharap yang terbaik buatku...